Sejarah 10 Skn RAJD (Para)
Sejarah Penubuhan 10 Skn RAJD Para Latar Belakang Membawa Kepada Penubuhan Unit . 1 0 Skn RAJD (Para) telah ditubuhkan di Kem Terendak Melaka pada 1 April 1980 dengan nama asalnya adalah 10 Skuadron Jurutera Komando. Kuasa penubuhan asal pasukan adalah melalui KP/TD/RANCANG/4668 bertarikh 30 April 1980, dengan kekuatan 3 Pegawai dan 10 LLP dan telah berkembang sehinggalah mempunyai kekuatan seramai 10 Pegawai dan 218 LLP. Sejajar dengan perkembangan ini pada 1 Disember 1981, designasi pasukan telah ditukarkan menjadi 21 Skn Jurutera Gerup Gerak Khas dan dipertanggungjawabkan untuk membantu pasukan-pasukan naungan Gerup Gerak Khas (GGK). Pada 1 Oktober 1986, pasukan ini telah digugurkan daripada pemerintahan GGK dan diletakkan di bawah pemerintahan 3 Divisyen dan menjadi pasukan jurutera medan dengan nama 10 Skn Jurutera. Setelah itu, pasukan ini telah diaturgerakkan dan ditugaskan di Kem Penrissen, Kuching mulai 31 Oktober 1989 hingga 1 November 1992 dan dile