Sejarah 10 Skn RAJD (Para)
Sejarah Penubuhan 10 Skn RAJD Para
Latar Belakang Membawa Kepada Penubuhan Unit.
10 Skn RAJD (Para) telah ditubuhkan di Kem Terendak Melaka pada 1 April 1980 dengan nama asalnya adalah 10 Skuadron Jurutera Komando. Kuasa penubuhan asal pasukan adalah melalui KP/TD/RANCANG/4668 bertarikh 30 April 1980, dengan kekuatan 3 Pegawai dan 10 LLP dan telah berkembang sehinggalah mempunyai kekuatan seramai 10 Pegawai dan 218 LLP. Sejajar dengan perkembangan ini pada 1 Disember 1981, designasi pasukan telah ditukarkan menjadi 21 Skn Jurutera Gerup Gerak Khas dan dipertanggungjawabkan untuk membantu pasukan-pasukan naungan Gerup Gerak Khas (GGK).
Pada 1 Oktober 1986, pasukan ini telah digugurkan daripada pemerintahan GGK dan diletakkan di bawah pemerintahan 3 Divisyen dan menjadi pasukan jurutera medan dengan nama 10 Skn Jurutera. Setelah itu, pasukan ini telah diaturgerakkan dan ditugaskan di Kem Penrissen, Kuching mulai 31 Oktober 1989 hingga 1 November 1992 dan diletakkan di bawah pemerintahan 1 Divisyen.
Pasukan ini kembali ke Kem Terendak pada penghujung tahun 1992 di mana pasukan telah diberi kepercayaan untuk menyertai 10 Briged Para sebagai Skuadron Jurutera Para dan seterusnya menjadi salah satu komponen di bawah Pasukan Aturgerak Cepat (PAC). Pasukan ini diletakkan di bawah pemerintahan Markas 10 Briged Para melalui kuasa KP/TD/JURUTERA/8416 JIL 1 bertarikh Januari 1993 dan kini dikenali sebagai 10 Skn RAJD (Para). Pengiktirafannya telah dibuat di Pulau Langkawi pada tanggal 10 Oktober 1994 oleh YAB Perdana Menteri sebaik sahaja selesai Eksesais Halilintar 1/94
Tarikh Penubuhan.
Pasukan ditubuhkan pada 1 April 1980.
Tempat Penubuhan.
Awal penubuhan Skuadron ini ditempatkan di Kem Terendak, Melaka sebagai 10 Skuadron Jurutera Komando.
Acara Rasmi Penubuhan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).
Pengiktirafan 10 Skn RAJD (Para) sebagai pasukan naungan 10 Bgd Para sebaik selesai Eksesais Halilintar 1/94 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke - 4, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Comments
Post a Comment