Posts

Showing posts from July, 2021
Image
  BEKERJA DENGAN INTEGRITI, JAUHI RASUAH Selaras dengan tema sambutan Hari Pekerja 2021 ‘Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’, semua pihak perlu menjalankan tugas masing-masing dengan penuh integriti serta menjauhi gejala rasuah.
Image
  TASK FORCE COVID-19 10 SKN RAJD (PARA) SANTUNI WARGA PASUKAN YANG TERKESAN PKP 3.0 MELAKA: Task Force COVID-19 10 Skn RAJD (Para) telah diwujudkan sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 baru-baru ini menyantuni warga 10 Skn RAJD (Para) yang terkesan akibat pasangan tidak dapat bekerja sekali gus terjejas pendapatan isi rumah. Ini sejajar dengan tonggak ketiga di dalam Perintah Ulung PTD yang ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga. Usaha ini merupakan inisiatif Panglima 10 Bgd (Para) dalam langkah-langkah pemerkasaan SOP pencegahan COVID-19 dan memantau moral warga 10 Bgd (Para) berada dalam keadaan yang baik. Oleh yang demikian, pasukan telah menubuhkan Task Force COVID-19 10 Skn RAJD (Para). Usaha ini adalah untuk membantu mereka yang terkesan dan sekali gus menyuntik semangat saling bantu-membantu sesama warga skuadron. Seramai 55 tentera dan 9 staf awam telah menerima bantuan keperluan asas pada hari ini yang disampaikan melalui wakil-wakil terup masing-ma
Image
  PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP 10 Skn RAJD (PARA) MELAKA: 10 Skn RAJD (Para) telah melaksanakan Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota LLP pada 11 Mei 2021. Perbarisan yang berkekuatan seramai 8 Pegawai dan 88 LLP tersebut telah diketuai oleh Kapt Muhammad Kamil bin Hamzah, Penolong Pegawai Pemerintah. Perbarisan yang melibatkan seramai 18 anggota LLP yang dinaikkan pangkat dari LKpl ke Kpl telah disempurnakan oleh Mej Ahmad Farouq bin Ishak, Pegawai Pemerintah 10 Skn RAJD (Para). Di dalam ucapan Pegawai Pemerintah, beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Beliau juga mengingatkan anggota supaya sentiasa menjaga disiplin dan berusaha meningkatkan kualiti kerja sesuai dengan pangkat yang telah diamanahkan. Dikesempatan ini juga, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga pasukan yang beragama Islam. Perbarisan tersebut berlangsung dengan jayanya mengikut SOP Covid-19 yang ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua an
Image
  MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI MUDA 10 SKN RAJD (PARA) Melaka: Seramai 2 Pegawai 10 Skn RAJD (Para) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Muda yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 10 Skn RAJD (Para), Mej Ahmad Farouq bin Ishak di Bilik Gerakan Kamaldin 10 Skn RAJD (Para) pada Majlis turut dihadiri oleh semua Pegawai dan PTT Kanan yang berada di pasukan dan diadakan dalam Norma Baharu COVID-19. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat agar menjaga disiplin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja. Beliau juga mengingatkan bahawa pangkat yang telah diberikan merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menjadi seorang pegawai tentera yang berdedikasi. Oleh: Lt Muhammad Nizam bin Mohamad Sobri. Gambar: Kpl Mohd Nur Naziem bin Mohd Nasir.
Image
  MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT 10 SKN RAJD (PARA) MELAKA, 5 Mei 2021 - 10 Skn RAJD (Para) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 10 Skn RAJD (Para) di Surau Al-Falah, 10 Skn RAJD (Para). Program yang dihadiri oleh 3 pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah mengikut garis panduan Standard Operasi Prosedur (SOP) COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program Tadarus Al-Quran telah bermula dari 14 April 2021/2 Ramadhan 1442H sehingga 4 Mei 2021/23 Ramadhan 1442H sebagai salah satu usaha pasukan bagi meraikan bulan Ramadhan dengan penglibatan seramai 3 orang setiap terup. Tujuan utama Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan adalah bagi meraikan pegawai dan anggota pasukan yang telah berjaya khatam Al-Quran bagi tahun 2021. Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah darn doa khatam Al-Quran serta tazkirah dipimpin oleh Penasihat Agama Pasukan, PWII Mohd Noor bin Ishak. Acara diteruskan dengan ucapan dar