TASK FORCE COVID-19 10 SKN RAJD (PARA) SANTUNI WARGA PASUKAN YANG TERKESAN PKP 3.0

MELAKA: Task Force COVID-19 10 Skn RAJD (Para) telah diwujudkan sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 baru-baru ini menyantuni warga 10 Skn RAJD (Para) yang terkesan akibat pasangan tidak dapat bekerja sekali gus terjejas pendapatan isi rumah. Ini sejajar dengan tonggak ketiga di dalam Perintah Ulung PTD yang ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.
Usaha ini merupakan inisiatif Panglima 10 Bgd (Para) dalam langkah-langkah pemerkasaan SOP pencegahan COVID-19 dan memantau moral warga 10 Bgd (Para) berada dalam keadaan yang baik. Oleh yang demikian, pasukan telah menubuhkan Task Force COVID-19 10 Skn RAJD (Para). Usaha ini adalah untuk membantu mereka yang terkesan dan sekali gus menyuntik semangat saling bantu-membantu sesama warga skuadron.
Seramai 55 tentera dan 9 staf awam telah menerima bantuan keperluan asas pada hari ini yang disampaikan melalui wakil-wakil terup masing-masing. Rata-rata yang menerima sumbangan ini adalah pasangan anggota yang terjejas pendapatan isi rumah serta mempunyai bilangan anak yang ramai. Antara bekalan bantuan yang telah diserahkan adalah beras, minyak masak, biskut, teh dan lain-lain.
Mej Ahmad Farouq bin Ishak, Pegawai Pemerintah 10 Skn RAJD (Para) menyatakan beliau mahu memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada menerima bantuan bagi mengelakkan warga pasukan tertekan dan menjejaskan prestasi kerja. Beliau juga menekankan warga 10 Skn RAJD (Para) mesti sentiasa berada dalam tahap kesiagaan yang tinggi dan fokus semasa menjalankan tugas.
Selain membantu memantau hal-hal kebajikan warga pasukan, Task Force COVID-19 10 Skn RAJD (Para) juga berperanan untuk memantau dan memberi ingatan kepada setiap warga pasukan mematuhi SOP pencegahan wabak COVID-19.
Oleh: Lt Muhammad Ilman Faiz bin Muhamad



Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 10 Skn RAJD (Para)